Kerjaya Norihisa Tamura

Tamura memulakan kerjayanya di syarikat pembinaan yang dikendalikan keluarga Nippon Doken Co. di Tsu, Mie, pada 1987. Seterusnya, beliau mula bekerja sebagai setiausaha bapa saudaranya, Hajime Tamura, yang bertugas sebagai ahli Dewan Perwakilan dan sebagai Speaker.[2]

Tamura terpilih ke Dewan Perwakilan untuk pertama kalinya pada 1996, mengambil alih kedudukan pakciknya.[2] Beliau telah berkhidmat sebanyak enam kali sebagai ahli Dewan, mewakili Daerah Wilayah Mie ke-4.[2][3] Beliau menjadi Setiausaha Parlimen untuk Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan di dalam Kabinet Mori dan kemudian untuk Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi di dalam Kabinet Junichiro Koizumi.[4] Beliau dilantik sebagai Naib Menteri Hal Ehwal Dalaman dalam Kabinet pertama Shinzo Abe pada 2006.[2] Beliau mengetuai Jawatankuasa Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kesejahteraan di Dewan Perwakilan semasa pemerintahan Perdana Menteri Taro Aso.[2]

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan di bawah Perdana Menteri Shinzo Abe dari 2012 hingga 2014, dan sekali lagi diangkat untuk peranan berkenaan dibawah Perdana Menteri Yoshihide Suga yang melantik kabinetnya pada 16 September 2020.[5]